Wednesday, July 20, 2011

AISY'S FAV SONG


Ringtone msg me guna lagu nih..Everytime ada msg masuk, aisy akan ambil my phone n joget2 siap nyanyi "do do do do do"... hehe cute btul.. nti la saya amik video dia nyanyi..




Colbie Caillat - I Do


Thursday, July 7, 2011

KELUARGA 'SANDWICH' HADAPI TEKANAN


Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2011/06/30


Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang


KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga 'sandwich' kerana kemampuan kewangan mereka terhad.


Sindrom keluarga ‘sandwich’ adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.


Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.


"Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib," katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.


Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.


Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu.


LPPKN kini mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai Dasar Keluarga Negara (DKN).


Aminah berkata, cadangan dan maklumat yang diperoleh sepanjang sesi jelajah di seluruh negara itu akan disampaikan kepada kerajaan sama ada bagi menambah baik dasar sedia ada atau menggubal dasar baru.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dunia sekarang amat mencabar..Atas sebab itulah kita kena ambil langkah untuk buat perubahan demi keluarga dan masa depan anak-anak kita dari sekarang.

Wednesday, July 6, 2011

OUR JOURNEY TO SABAH 1

Hye all..i'm back..ceh..macam g mana je..yela..bkn selalu bercuti jejauh nih lelagi wif one family..hepi glersss......



Straight to the point jelah.. Our journey start dr ari Selasa ptg la..saya amik halfday n hubby lak da abis waktu kerja so ptg tu ktorang gerak balik ke Batu Pahat, Johor..Balik kampung hubby dulu jenguk mak ayah kt sana.. We all tido 1 night n esok pagi before gerak balik ke Jaybee lak, pegi dulu ke Pasar Parit Yusof..Waaaaaahhh panjang giler n banyak giler orang jual kat situ..orang bp maybe tau la kot..saya pn first time g pasor tuh.. Sesapa yg tak pernah pegi, should go kot..mcm2 barang ada jual..murah2 gtu.. Then after tu, kitorng pn balik ke Skudai, Jaybee..Sampai umah dah dekat nak maghrib jugak la.. Mak plak masak pengat pisang..wah sedapppnye...da lama tak makan..susah la nk cari kat sini, saya tak pernah jupe lagi pengat pisang..nk buat al-malasin la plak kan hehe ok stop..




ok2 ni baru start the journey yg sebenarnya..




DAY 1


masa ni tgh tgu 2 buah teksi amik tuk ke Airport..time kul 9.30am




Teksi sampai around 10.ooam n kami sampai di Airport Senai setengah jam lps tu.. Nak dijadikan cerita, masa nak check-in, 2 of my sisters tertinggal i.c plak kt umah.. adusss..nak tak nak mmg kena balik amik i.c..so bergegas lari amik limo airport n kena la caj rm66 pegi balik..amik kauuuu..dengan hujan yg sgt lebat n jem sbb ada roadblock, paksa pakcik limo tu bwk lelaju huhu bila dah patah balik sume settle, sampai balik ke airport ngam2 lagi 5 minit masa last call utk check-in huhu selamat....







Tepat kul 12pm, kami pn fly with Firefly ke Sabah..perjalanan amik masa selama 2jam 20 min.. Nasib kitorang booking flight with food.. Lapo kau 2 jam tu.. Hidangan time tu nasi lemak rendang.. Boleh la..rendang je sedap, nasi kureng ckit hehe



hujan lagi time nih



yehaa..SABAH..here we come..!!!




safely arrived..alhamdulillah..




hai la si bujang nih..



After da sampai airport n amik beg sume, we olls cari teksi lak utk check in di hotel.. We olls booking flight ticket with hotel skali so we check in di Gaya Centr e Hotel betul2 depan Suria Sabah and laut..best2..sejuk je pemandangan mata nih.. After rehat2 sekejap, misi utama adalah keluar mencari makan..






SURIA SABAH.. lighting tuk S.A da padam la kot hehe



dkt town KK..jalan kaki saja dr hotel..




aisy klu nmpk nih, pish..pish..hehe



my family..



dah la..jom makan dulu.. mmg sedap seafoodnye n murah


pic mknn tak amik sbb lapo sgt..



kami oder 2 ekor ikan siakap besau punye 1kg lbh/ekor masak sweet sour n 3 rasa, sotong besau 2 telapak tgn dicantumkn 3 keping goreng butter (mantoppp), udang 2 pinggan masak sambal, sayur kailan ikan masin 2pinggan besor, nasi 8 pinggan, air macam2 kaler hanya RM 120.00...murah tak..murah kan kan..



dah kenyang..mari kita balik tido..



ups..hasil rembatan d hari pertama kt Pasar Philippine b4 g makan td sbg penutup entry ni.. next day sambung entry len la ye..