Saturday, March 24, 2012

BARANG FREE SAPA TAK NAK YE TAK


yeay i got mini Lip Ice for FREE.. 

not really remember how i know about this but go and check Lip Ice Malaysia website and register then u will get too.. eventho just "mini" but if free, who's care..hehe







p/s: by the way, buy Premium Beautiful with me, u also can get FREE item..ask me k..

 

Saturday, March 17, 2012

WISHLIST ANAK..KE?


hehe sebenarnya bukan anak yang wish pun, sebab tak pandai nak mintak benda-benda camni kan tapi maknya yang terlebih wish..


actually Aisy sekarang dah pandai nak ambil sendiri gambar-gambar ni.. Pantangla nampak maknye keluarkan camera, dia pun sibuk mintak Aisy nak amik gambar, Aisy nak ambik gambar..so kalau tak bagi memang dia guna kuasa veto dia la, menjerit so daripada sakit telinga, sakit ati gak haha kita bagi jela dia camera tu walaupun seram-seram je takut terjatuh..


Ni antara hasil petikan tangan Aisy except yang tengah2 tu la..




Boleh tahan la kan..walaupun dia ambil gambar tu tak tengok pun dekat camera tapi dia tengok kat orang/benda yang dia nak ambil gambar tu,  tapi still dapat captured jugak.. gud boy gud boy..



So masa tengah browse2 facebook, nampak la pula ada seller yang jual camera for kids ni tapi tak tau la functionnya sama ke tidak dengan camera biasa tu sebab ditulis camera for kids kan, so what do u aspect? of course i aspect it's just a toys.. perhaps ada video pasal camera ni..


So apa wishlist nya..dah tentulah camera for kids..


LEGO camera..memang cam mainan




VTECH camera..cun




Mickey Mouse..confirm tido pun peluk camera kalau dapat..


cute gler Spongebob camera ni.. 


mana nak dapat eh..???



Saturday, March 10, 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK



Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**






Wednesday, March 7, 2012

WORDLESS WEDNESDAY




Meatasaurus Chrunchy Thin Crust..yummy


+



Chicken Lasagna n Bread stick..yummylicious




6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM





1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang


'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..


7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah


anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.




2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati


tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang


lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib


baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..




3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia


mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh


dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi


kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali


Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap


mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..



4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh


kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-


dosa suami dia tak tanggung.




5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat


dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan


suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah


terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa


suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk


lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam


kesusahan isteri boleh bantu tambah


lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut


selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra


ini.




6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat


didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri


yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan


dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua


wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka


denganNya. Dan semua lelaki fahami hati


naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA..





P/S: Untungnya jadi wanita dan perempuan kan...

Tuesday, March 6, 2012

CELEBRATE BIRTHDAY AISY




Yup..akhirnya dapat gak wat celebrate birthday untuk anakanda tercinta walaupun kecil-kecilan je..




2 Years Old Aisy Zul Hafiy bin Zulkifli..


Menu just KFC n side dishes, Macaroni Olio (biasa orang buat spaghetti kan, so pandai-pandai ubah citarasa), fries, onion rings, cake and puding trifle..simple je.


mangsa kejadian..


kek Sponge bob ni from D'yaya Bakery, my sis in law yang buatkan.. bahagian bawah is buttercream and spongebob is chocolate fondant.. 

ada yang nak tempah, leh inform me..macam-macam kek lagi dia boleh buat..just name it..



this one is from me..wink..wink..Puding Trifle je pun, tu pun Google resepi ki3


anak-anak


makpak juga excited..


tq for coming..



best day boy!!!



Alhamdulillah semua berjalan lancar..



Monday, March 5, 2012

DAY 3/2~HOLIDAY LANGKAWI~BATU PAHAT~JOHOR BAHRU


Sambungan entry lepas, kami sampai ke Bangi dr Langkawi tu pagi so balik rumah dulu rehatkan diri then dalam pukul 3pm baru kami gerak balik ke kampung husben dulu di Sarang Buaya, Batu Pahat.. hmm..baru perasan tak pernah amik pun gambar buaya atas sampan tu, nanti next time balik, kita amik la ye..

Dalam pukul 4.30-5pm, kitorang da sampai kat tol Tangkak..memang akan turun sini coz lagi dekat.. Tapi tak terus balik kampung pun, singgah bandar BP dulu ke warung Asam Pedas abang iparku.. setiap kali balik mesi nak pekena dulu asam pedas ni..sedap..baru la boleh kata Asam Pedas Muar walaupun kedai kat Batu Pahat sebab Sarang Buaya tu kan sempadan Muar-BP so dua-dua boleh, bak kata husben ku, hall kat BP, dapur kat Muar hehe tapi memang yelah sebab masa nak kawin dulu, dia kena ambil form semua kat Pej Agama Muar padahal alamat dalam i.c BP..oh selingan pulak..



Warung abang ipar ni betul-betul berdepan dengan bus stand BP tu..kedai kecil je tapi serius, bukan nak puji sebab sedara tapi memang asam pedasnya sedapppp.. tak sama la dengan kedai yang jual asam pedas n claim Asam Pedas Muar..jauh bebenor rasanya dengan tekak ni huhu selain asam pedas, ada roti canai and nasi lemak juga..


terliur tak??


aisy, zara n hafiz..



with atuk, mak nek an d aisy menggedix nk masuk buai..nak rasa la tuh


Stay kat kampung 2 hari and then balik ke Jaybee pulak, my hometown.. aktiviti jenjalan cam biasa, tambahan g visit new baby born sekali.. my bestfren dapat baby boy..kawan since sekolah rendah lagi tapi start rapat form 4 la, lepas ketemu kembali setelah merantau sekolah lain 


Izzul Muhaimin 



mak mak nak bergossip jap ye..


Lepas tengok baby baru, gerak ke Taman Universiti pulak jalan-jalan cari kawan.. rasa nya setiap kali balik jb memang harus singgah rumah abang sorang ni..my ex-officemate but still keep in touch with whole family sampai sekarang..



ngan si comel Yasmin.. da nampak sifat keabangan tuh, da boleh tambah adik ni..




Itu Day 1 kat JB punya cerita.. so esoknya tak g mana-mana just lepak kat rumah je so tergerak nak cari balik novel-novel lama penangan filem Ombak Rindu la ni, so naik atas and bongkar balik almari buku ku..so hasilnya ini..


dulu time anak dara memang giler novel..boleh kata setiap kali keluar, balik mesti akan bawa 1 novel pastu baca lambat-lambat je sebab taknak abis cepat ki3 



and jugak found back my old Lego..now turunkan kat Aisy pulak..selamat..takyah beli lain hihi


Stay kat JB pun 2 hari gak then balik semula ke Bangi..


ngan atuk n uwan.. nak balik dah..



~THE END~



Friday, March 2, 2012

TRILOGI KELAHIRAN AISY ZUL HAFIY~ HAPPY 2ND BIRTHDAY!!!


2 years ago:~ 2 Mac 2010

Oh..nak tunggu Aisy lahir sebenarnya ambil masa lebih seminggu dari sepatutnya.. yup, my due date da lewat seminggu.. ikut scan, sepatutnya dalam 22 Feb'10 dijangka bersalin so my mom pun datang ke rumah untuk tunggu saya bersalin.. Mak datang semiunggu awal dari tarikh due date tu tapi tunggu punya tunggu sampai la ke date tu langsung takde tanda-tanda nak bersalin sikit pun.. Makin ligat berjalan lagi ada.. 2 weeks before dijangka deliver, kami siap pergi ber holiday dulu dekat Port Dickson n Melaka.. semua family members kata takpe,hospital dekat je kalau apa-apa:-)



membulat sgt..



oh lari topik lagi.. bila dah sampai due date tu n still tak rasa apa-apa, weolls pn ke klinik untuk checkup mana tau dah ada bukaan ke or what kan, so doc pun scan lagi sekali n last sekali dia bagi surat mengatakan  saya dah sampai due date and doc bagi tempoh lagi 10 hari iaitu date 3 Mac'10, kalau still takde tanda lagi saya akan di induce.. kami pun bincang semula and minta doc tu tukar add hospital Serdang ke hospital di Johor Bahru sebab kami nak balik kampung..mak pun dah ajak balik, dia kata maybe nak beranak kat sana.  so weols pun berkemas terus balik ke JB..

2 Mac'10, sehari sebelum sepatutnya di induce, tiba-tiba tengah tidur boleh terjaga sebab rasa sakit pinggang, masa tu dalam pukul 3 pagi.. oke, bangun kejut husben n cakap ada rasa sakit tapi tak kerap sangat.. so tidur balik tapi tidur-tidur ayam jela sebab every 1 hour rasa sakit.. lepas tu makin kerap rasa sampai la waktu Subuh.. husben pun masa tu da tak boleh tidur so turun bawah gtau mak cakap dah rasa sakit pinggang n tanya mak, macam ni ke rasa nak beranak..mak pun cakap ye kalau dah kerap tu..so g mandi dulu siap-siap n mak bagi sarapan telur setengah masak sebab mak kata nanti nak bagi energi masa nak meneran..kalau nak makan memang dah tak lalu la, letak la ayam panggang ke, udang kara ke memang tak pandang dah.. Lepas subuh terus gerak ke Hospital Kulai, mulanya nak rasa la stay hospital baru masa tu.. Sampai je terus daftar and tukar baju untuk test ECG baby dulu, masa tu makin kerap rasa sakit dalam 20-30min, sambil terfikir, bila la boleh beranak ni, dah tak tahan rasanya huhu selesai test, nurse suh masuk wad n dalam wad tu cuma ada dalam 10 orang je, campur yang dah bersalin n tengah tunggu..oh masa ni rasa tak bestnya hospital ni hihi mak pun terus suh minum air selusuh n sapu kat perut sekali sebab time tu dah dekat pukul 2 ke 3, masa melawat da abis so mak memang dah risau masa ni huhu husben pun anta FAMA balik dan dan tu pulak nurse datang cakap saya kena transfer ke Hospital Besar Sultanah Aminah sebab kes saya overdue so diorang kata takde pakar dekat situ so takut nak sambut kalau2 ada hal lebih serius berlaku..well, what can we expect..hospital baru kan..xpelah bagus jugak sebab rasa tak best pulak kat situ sebab tak ramai orang kan..lagi ramai kan lagi meriah..


Merasa la saya naik ambulans nenog~nenong tu..best jugak sebab saya sorang je dengan nurse dalam tu and tak sakit pun masa tu so memang duduk sambil tengok semua kereta bas lori ketepi bagi laluan, macam VVIP gitu hehe sampai je dekat HSA JB dalam pukul 3pm terus masuk wad bersalin, cek ECG baby lagi sekali and masa ni doc lelaki yang handle masa nak tengok bukaan..malu semua dah takde da..wat bodo je.. settle dekat bahagian tu terus di daftar masuk wad sebab masa tu bukaan baru 2cm n check in wad pukul 4pm.. ok, masa ni rasa sakit tu da makin kerap, setiap 10-15min.. baring kat katil pun rasa tak selesa, kejap mengiring ke kanan, kejap ke kiri, memang tak tau la nak describe macamana sakitnya tu.. boleh tak masa tengah sakit-sakit tu boleh pulak segerombolan pelatih datang kat katil saya and sibuk tanya macam-macam..geram betul, dorang tak nampak ke aku berguling-guling ni, serius sakit ati masa tu.. harap-harap pihak hospital pun agak-agakla nak interview pesakit, tengokla keadaan patient tu dulu..


Time tu jugak doc tengah check one by one patient n bila sampai kat saya, dia tengok da semacam je so we go to the room to check.. once i want to lay in a bed, terus laju je rasa ada air hangat keluar celah-celah kaki n doc said yes, ar ketuban u dah pecah n bukaan da 7cm.. dat time around 4.30pm.. terus masuk dalam labor room and sambil-sambil nurse pasang wayang apa sume, rasa sakit sangat macam dak buang air besar...rasa di tolak-tolak dari dalam perut..doc pun check and jerit panggil yang lain-lain kata ok it's a time..bukaan dah 10cm, time 5pm.. teran punya teran sampai abis nafas dah tak juga keluar2, doc kata kepala anak masa antara tarik nafas and teran tu keluar masuk keluar masuk n bahaya sebenarnya, nanti takut anak lemas sebab lama sangat..after 20 min still macam tu gak sebab saya tak pandai nak teran huhu terus doc decide to vacuum so tepat pukul 5.25 pm, my baby Aisy Zul Hafiy bin Zulkifli pun selamat dilahirkan, Alhamdulillah..




10 min after born..




1 month.



2 month..geram tgk badan dia time ni..



on his 1st birthday..



Aisy now.. on his 2 years old..



Happy 2nd birthday sweetheart.. 
ibu and ayah love u soooooo much..we can't describe how much we love u coz no words, no figure can tell u how many loves we have for u..



"a lot of best wishes, a lot of happiness, a lot of success, a lot of achievements, a lot of appreciations and be my sweetheart forever n ever"