Tuesday, March 22, 2011

TANDA ANAK BIJAK

Anak yang bijak tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibubapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka . Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka akan merudum begitu sahaja. Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubapa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.

MACAMANA TANDANYA ANAK ITU BIJAK:

  • Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.

  • Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.



  • Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?

  • Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lain


  • Cepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."



  • Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir dan lagu WonderPet mereka akan menghafalnya dengan cepat.


  • Sikap buruk - nobody is perfect .Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.

PERANAN IBUBAPA:



  • Memberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hari

  • Sabar - oh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada je yang nak dibuat main.
  • Beri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas suratkhabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.

Insyaallah, marilah kita sama-sama cuba menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment