Friday, March 2, 2012

TRILOGI KELAHIRAN AISY ZUL HAFIY~ HAPPY 2ND BIRTHDAY!!!


2 years ago:~ 2 Mac 2010

Oh..nak tunggu Aisy lahir sebenarnya ambil masa lebih seminggu dari sepatutnya.. yup, my due date da lewat seminggu.. ikut scan, sepatutnya dalam 22 Feb'10 dijangka bersalin so my mom pun datang ke rumah untuk tunggu saya bersalin.. Mak datang semiunggu awal dari tarikh due date tu tapi tunggu punya tunggu sampai la ke date tu langsung takde tanda-tanda nak bersalin sikit pun.. Makin ligat berjalan lagi ada.. 2 weeks before dijangka deliver, kami siap pergi ber holiday dulu dekat Port Dickson n Melaka.. semua family members kata takpe,hospital dekat je kalau apa-apa:-)



membulat sgt..



oh lari topik lagi.. bila dah sampai due date tu n still tak rasa apa-apa, weolls pn ke klinik untuk checkup mana tau dah ada bukaan ke or what kan, so doc pun scan lagi sekali n last sekali dia bagi surat mengatakan  saya dah sampai due date and doc bagi tempoh lagi 10 hari iaitu date 3 Mac'10, kalau still takde tanda lagi saya akan di induce.. kami pun bincang semula and minta doc tu tukar add hospital Serdang ke hospital di Johor Bahru sebab kami nak balik kampung..mak pun dah ajak balik, dia kata maybe nak beranak kat sana.  so weols pun berkemas terus balik ke JB..

2 Mac'10, sehari sebelum sepatutnya di induce, tiba-tiba tengah tidur boleh terjaga sebab rasa sakit pinggang, masa tu dalam pukul 3 pagi.. oke, bangun kejut husben n cakap ada rasa sakit tapi tak kerap sangat.. so tidur balik tapi tidur-tidur ayam jela sebab every 1 hour rasa sakit.. lepas tu makin kerap rasa sampai la waktu Subuh.. husben pun masa tu da tak boleh tidur so turun bawah gtau mak cakap dah rasa sakit pinggang n tanya mak, macam ni ke rasa nak beranak..mak pun cakap ye kalau dah kerap tu..so g mandi dulu siap-siap n mak bagi sarapan telur setengah masak sebab mak kata nanti nak bagi energi masa nak meneran..kalau nak makan memang dah tak lalu la, letak la ayam panggang ke, udang kara ke memang tak pandang dah.. Lepas subuh terus gerak ke Hospital Kulai, mulanya nak rasa la stay hospital baru masa tu.. Sampai je terus daftar and tukar baju untuk test ECG baby dulu, masa tu makin kerap rasa sakit dalam 20-30min, sambil terfikir, bila la boleh beranak ni, dah tak tahan rasanya huhu selesai test, nurse suh masuk wad n dalam wad tu cuma ada dalam 10 orang je, campur yang dah bersalin n tengah tunggu..oh masa ni rasa tak bestnya hospital ni hihi mak pun terus suh minum air selusuh n sapu kat perut sekali sebab time tu dah dekat pukul 2 ke 3, masa melawat da abis so mak memang dah risau masa ni huhu husben pun anta FAMA balik dan dan tu pulak nurse datang cakap saya kena transfer ke Hospital Besar Sultanah Aminah sebab kes saya overdue so diorang kata takde pakar dekat situ so takut nak sambut kalau2 ada hal lebih serius berlaku..well, what can we expect..hospital baru kan..xpelah bagus jugak sebab rasa tak best pulak kat situ sebab tak ramai orang kan..lagi ramai kan lagi meriah..


Merasa la saya naik ambulans nenog~nenong tu..best jugak sebab saya sorang je dengan nurse dalam tu and tak sakit pun masa tu so memang duduk sambil tengok semua kereta bas lori ketepi bagi laluan, macam VVIP gitu hehe sampai je dekat HSA JB dalam pukul 3pm terus masuk wad bersalin, cek ECG baby lagi sekali and masa ni doc lelaki yang handle masa nak tengok bukaan..malu semua dah takde da..wat bodo je.. settle dekat bahagian tu terus di daftar masuk wad sebab masa tu bukaan baru 2cm n check in wad pukul 4pm.. ok, masa ni rasa sakit tu da makin kerap, setiap 10-15min.. baring kat katil pun rasa tak selesa, kejap mengiring ke kanan, kejap ke kiri, memang tak tau la nak describe macamana sakitnya tu.. boleh tak masa tengah sakit-sakit tu boleh pulak segerombolan pelatih datang kat katil saya and sibuk tanya macam-macam..geram betul, dorang tak nampak ke aku berguling-guling ni, serius sakit ati masa tu.. harap-harap pihak hospital pun agak-agakla nak interview pesakit, tengokla keadaan patient tu dulu..


Time tu jugak doc tengah check one by one patient n bila sampai kat saya, dia tengok da semacam je so we go to the room to check.. once i want to lay in a bed, terus laju je rasa ada air hangat keluar celah-celah kaki n doc said yes, ar ketuban u dah pecah n bukaan da 7cm.. dat time around 4.30pm.. terus masuk dalam labor room and sambil-sambil nurse pasang wayang apa sume, rasa sakit sangat macam dak buang air besar...rasa di tolak-tolak dari dalam perut..doc pun check and jerit panggil yang lain-lain kata ok it's a time..bukaan dah 10cm, time 5pm.. teran punya teran sampai abis nafas dah tak juga keluar2, doc kata kepala anak masa antara tarik nafas and teran tu keluar masuk keluar masuk n bahaya sebenarnya, nanti takut anak lemas sebab lama sangat..after 20 min still macam tu gak sebab saya tak pandai nak teran huhu terus doc decide to vacuum so tepat pukul 5.25 pm, my baby Aisy Zul Hafiy bin Zulkifli pun selamat dilahirkan, Alhamdulillah..




10 min after born..




1 month.



2 month..geram tgk badan dia time ni..



on his 1st birthday..



Aisy now.. on his 2 years old..



Happy 2nd birthday sweetheart.. 
ibu and ayah love u soooooo much..we can't describe how much we love u coz no words, no figure can tell u how many loves we have for u..



"a lot of best wishes, a lot of happiness, a lot of success, a lot of achievements, a lot of appreciations and be my sweetheart forever n ever"



No comments:

Post a Comment